Tuesday, 24 September 2013

Menyebar Aib & Mengumpat



Tazkirah 2:Asalkan Memperbanyakkan Amalan....

As-salam...

Barangkali kita merasakan cukup dengan strategi membanyakkan amalan yang berpahala,maka tabiat dan perangai tidak baik yang kita tahu tidak dikisahkan..walhal perkara itu lazimnya kesalahan dan kesalahan itu nama lainnya ialah dosa.Maka kitapun hampir tidak merasa ralat setiap kali melakukan kesalahan..apatah lagi berazam untuk tidak mengulanginya lagi dan yang penting kita akan memperbanyakkan amalan sebagai penebusnya.Betulkah strategi  ini.Perhatikan dulu fakta-fakta ini....

Apabila Dosa Tidak Dikisahkan
1.Hati semakin mengeras
semak diri,jika malas mendengar ceramah,mudah marah ditegur,payah ditegur..barangkali disebabkan dosa yang tidak dikisahkan

2.Hati tidak tenang
jika rasa tidak tenang..selidiklah maksiat yang pernah dibuat yang dilupa-lupakan sebelum ini

3.Meremehkan kesalahan dan dosa
"Sesungguhnya orang mukmin melihat dosanya seperti gunung yang dibimbangi runtuh menimpanya.Sedangkan orang fajir melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap dihidungnya lalu dihalaunya sahaja."(Riwayat al-Bukhari)

4.Gelap hati dan air muka
"Sesiapa yang mahukan kemuliaan,maka hanya hak Allah jualah segala kemuliaan."(Surah al-Fatir 35:10)
Adakah kita perasan ada orang yang sangat menjaga penampilan tetapi bila melihat airmukanya keruh sahaja?Bimbang orang lain melihat kita begitu...

5.Payah mendapat ilmu

6.Semakin payah untuk beramal soleh

7.Hilang sikap cemburu dan malu

8.Lupa tentang nasib diri

9.Semakin membuat dosa

10.Musibah bertimpa-timpa

11.Bencana alam

Tazkirah 1:Agar Allah Mencintai Kita..Baca la Al-Quran












"Sesiapa yang gembira kalau Allah dan rasul-Nya mencintai dirinya,maka bacalah dari mushaf (al-quran)." Riwayat al-Baihaqi